Monday, 11 October 2010

Kedahsyatan Senyuman

KULS 4/10/2010

Aku sebelum ini pernah bercerita bahawa aku asyik marah-marah dan merungut. Namun baru-baru ini aku menyedari bahawa berasa tak seronok selalu sebenarnya akan membuatkan aku sakit dan sentiasa tidak menikmati hidup ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak mudah tersinggung dengan sebarang perkara yang buruk berlaku kepadaku dan lebih memikirkan banyak perkara yang baik berlaku kepadaku.

Kebetulan semasa aku sedang membeli-belah dengan gofrenku, ada seorang rakyat Malaysia yang kurang bermutu akhlaknya telah menukar troliku yang cantik dengan trolinya yang rosak. Perkara tersebut aku sedari setelah beliau pergi. Kalau tidak mungkin beliau layak untuk mendapat zakat iaitu peninjuku yang cukup haul mengikut mazhab Syafie. Pun begitu aku mengambil keputusan untuk tidak menyumpah-nyumpah atau memendam kemarahan dalam hatiku atas insiden kecil tersebut. Aku cuma mendoakan agar dompetnya hilang dan berasa senang hati dengan perkara tersebut. Lagipun banyak perkara yang baik berlaku kepadaku pada hari itu. Pertamanya, aku dapat berdating dengan gofrenku yang berhias dengan begitu cantik sekali. Kedua, ramai aweks yang cantik dan seksi untuk direnungi dan ditatapi. Yang ketiga, gofrenku tak kisah. Yang keempat, gofrenku belanja makan kek sedap di Secret Recipe. Jadi yang spoilnya cuma kes troli itu aje. Jadi lebih baik aku berfikiran positif daripada moody dan merosakkan dating kami pada hari itu.

Lagipun aku ada terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa kalau kita selalu moody dan asyik berfikiran negatif, maka nasib kita akan selalu tidak baik atau asyik dirundung malang. Patutlah Rasulullah SAW menggalakkan kita berzikir untuk menenangkan hati, fikiran dan emosi. Dan sememangnya ia membawa kesan yang baik kepadaku apabila kami menjumpai sebuah troli kosong yang ditinggalkan. Troli tersebut jauh lebih baik dari troli pertamaku. Jalanraya untuk perjalanan balik pula tidak sesak dan semua lampu trafik berwarna hijau sebaik sahaja aku tiba. Malah apabila aku tiba di rumah, tiba-tiba hujan berhenti dan aku tidaklah basah tatkala membuka pagar rumahku. The power of positive thinking. Mungkin aku patut banyakkan membaca Al-Quran agar rezekiku menjadi melimpah ruah pula dari segi kewangan.

Stay KULS.

No comments:

Post a Comment