Monday, 11 October 2010

Game Over Dalam Hidup Realiti Korang!

KULS 7/10/2010

Aku dah lama tak main video games atau computer games. Namun kalau aku mahu kembali main, maka permainan computer games yang menjadi pilihan pastilah Command and Conquer dan Warcraft. Kedua-dua permainan ini adalah permainan peperangan. Aku bukanlah seorang ganas yang laparkan darah segar manusia macam Damon Vampire Diaries. Kedua-dua permainan ini amat mementingkan strategi. Ia memaksa kita menganalisa kekuatan musuh dan kelemahan kita. Ia juga memaksa kita untuk berfikir cara terbaik bertahan dengan gaya ofensif dan akhir sekali memaksa kita untuk berfikir cara terbaik dan paling kreatif untuk menyerang balas dan memusnahkan sama sekali kekuatan musuh kita.

Korang mungkin berfikir bahawa aku ini seorang peguam, jadi aku memang sesuailah bermain permainan sebegitu. Korang tak payah. Main game kereta racing atau bola lagi baik. Tapi sebenarnya korang salah. Kaedah strategi dalam C&C serta Warcraft amatlah praktikal dan berguna untuk kehidupan seharian korang. Contohnya, ada rakan sekerja di pejabat yang dengkikan korang dan selalu menyerang korang dengan fitnah serta sabotaj. Jadi macam mana korang patut buat untuk menghadapinya? Kalau korang beralah dan mencari kerja di tempat lain maka game over untuk korang. Korang selama-lamanya akan menjadi lemah dan akan sentiasa ada manusia macam ini untuk menindas korang.

Atau mungkin dalam kehidupan bekeluarga korang. Apa yang patut korang buat kalau ada ipar atau biras korang yang bencikan korang dan sengaja menghasut ibu atau bapa mertua korang untuk turut membenci korang? Nak mengalah begitu sahaja dan menjadi bahan cercaan sampai mati? Janganlah jadi begitu lemah dan bodoh sangat. Mainlah C&C untuk mengasah minda korang agar korang tahu cara paling baik menghadapi ‘serangan-serangan musuh’ dalam hidup korang. Kalau tak tahu atau malas nak mencari cara dan jalannya, maka jumlah aku. Tapi korang kenalah bayar aku dengan harga yang tinggi.

Stay KULS.

1 comment: